FAQ's


1. Apakah itu Dinar dan Dirham?
Dinar syiling emas 22 K, berat 4.25 gm. Dirham syiling perak 999, berat 2.975 gm. Saidina Umar telah menggariskan satu standard berat dinar dan dirham iaitu 7 dinar mestilah bersamaan berat dgn 10 dirham. 

2. Apakah gold bar Public Gold dan apa pula syiling emas Public Dinar?
Public Gold : Mempunyai emas yang ketulenannya 99.99% yang mana produknya terdiri daripada gold bar 10gram, 20gram, 50gram(bar), 50gram(coin),100gram dan 1KG
Public Dinar: Mempunyai emas yang ketulenannya 91.6% yang mana produknya terdiri daripada syiling 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar.

3.  Apakah pula Public Silver dan Public Jewellery?
Public Silver : boleh rujuk harga di www.publicgold.com.my 
Public Jewellery: boleh rujuk product tersebut dan harga jualan di www.publicjewellery.com.my 
Kedua-dua produk ini telah dilancarkan secara rasminya pada hari Ahad,28 Februari 2010. 

4. Apakah persamaan diantara Public Gold, Public Dinar, Public Silver dan Public Jewellery?
Kesemuanya adalah dibawah satu syarikat yang sama iaitu Public fine Gold International Sdn Bhd yang lebih dikenali dengan nama Public Gold.  

5. Adakah Public Gold dan Public Bank sebuah syarikat yang sama?
Tidak, Public Gold dan Public Bank adalah dua syarikat yang berbeza di mana Public Gold adalah sebuah syarikat jual beli emas. 

6. Apakah yang ditawarkan oleh Public Gold?
Public Gold membolehkan seseorg pembeli untuk melabur dengan emas fizikal dengan cara yang mudah, selamat dan yang paling murah. Pembeli bolehlah membeli emas dengan ketulenan 999.9 di semua cawangan Public gold mengikut harga yang ditetapkan dalam Ringgit Malaysia untuk emas 10g, 20g, 50g, 100g dan 1kg. 

7. Kenapa anda perlu melabur dengan Public Gold? 
Public Gold adalah cara terbaik untuk pelanggan membina satu portfolio emas dengan membeli emas dalam kuantiti kecil dan boleh dibeli berterusan melalui satu tempoh masa tertentu. Teknik “kos pemurataan” akan memastikan jumlah pelaburan emas yang dibeli adalah pada harga purata. 

8. Apakah kelebihan jika saya memiliki emas Public Gold?
Terdapat beberapa kelebihannya, antaranya termasuklah; Melabur emas dengan lebih mudah di mana-mana cawangan Public Gold diseluruh Malaysia Ia selamat, kerana dalam bentuk fizikal. Harganya murah kerana harga emas yang tawarkan adalah mengikut harga emas antarabangsa tanpa caj-caj tambahan biasa.  Pembeli boleh melabur dalam amaun yang kecil pada suatu masa. (minimum 10gram bagi emas Public Gold, 1 dinar bagi emas Public Dinar, 1kg bagi Public Silver) Suatu peluang untuk menjana untung sekiranya harga emas meningkat. Emas boleh menjadi suatu halangan kepada inflasi.

9. Bilakah masa terbaik untuk memiliki emas?
Masa yang terbaik adalah ketika harga emas rendah. 

10. Adakah harga emas harian yang ditetapkan akan lebih murah berbanding harga di kedai emas?
Harga emas harian yang ditetapkan adalah mengikut harga emas antarabangsa dan sudah pastilah harganya akan lebih baik berbanding harga di kedai emas. 

11. Bagaimana cara untuk menjana pendapatan sekiranya saya membuat pembelian emas Public Gold?
Beli emas secara konsisten untuk satu jangka masa tertentu, dan jual emas bila harga belian semula (buy back) lebih tinggi dari harga belian (selling price) iaitu harga semasa anda beli emas tersebut.  Sebagai contoh, katakan 2 bulan yang lepas harga untuk 20gram emas yang anda beli adalah RM3400, dan harga belian semula (iaitu harga syarikat/agen membeli semula emas kita) pada ketika ini ialah RM3500, jadi anda akan mendapat untung RM100 jika jualnya pada masa sekarang. Tetapi, lebih lama emas disimpan, maka lebih bernilai emas tersebut. Emas tidak seperti kereta, kereta adalah aset susutnilai..semakin lama disimpan, harga semakin kurang jika jual balik.


12. Adakah emas yang dijual dijamin kualiti dan ketulenannya?
Emas Public Gold yang dijual akan disertakan bersama sijil ketulenannya. Emas yang akan saya bekalkan, jika dibeli melalui saya (agen yang sah) saya akan pastikan ketulenan emas yang saya ambil di Public Gold diperiksa terlebih dahulu ketulenannya sebelum dijual kepada pembeli. 

13. Adakah Public Gold atau saya sendiri akan menerima emas Public Gold jika anda ingin menjualnya semula?
Ya, kami akan menerima semula emas-emas Public Gold dengan harga belian semua (buy back).  

14. Adakah Public Gold akan menerima jualan semula emas PG sekiranya emas tersebut calar, kemek atau patah?
PG akan menerima semula emas tersebut dengan syarat berat emas tersebut masih kekal. 

15. Bagaimana untuk memiliki produk-produk Public Gold ini?
Anda boleh call@sms saya di talian 0199120129